Friday 13 February 2015

Trial Makeup Pengantin. Perlu Ke ?

Apakah itu Trial Makeup Pengantin ? Perlu Ke ? 

Ianya adalah sesi percubaan makeup yang dilakukan terlebih awal dahulu sebelum hari bersejarah . 

Bila nak buat tu ? 

Maybe 2-3 bulan sebelum . 1-2 minggu sebelum pun boleh . Terpulang pada kehendak pengantin . Kalau memang client / pengantin tu dah percaya kat makeup artis tu tak payah pun tak apa. 

Selalunya , trial makeup dilakukan atas persetujuan dua-dua pihak.

Berapa bayaran ?  Sedikit bayaran mungkin akan dikenakan . Tetapi , terpulang juga ke atas pihak makeup artis / mak andam sebab selalunya termasuk sudah dalam pakej makeup , pakej pelamin , pakej perkahwinan. 

Diskus baik-baik seboleh-bolehnya. Sebab dua-dua pihak nak hasil yang perfect.

Trial Makeup Pengantin adalah sangat penting juga sebab -sebab nya adalah :-

Daripada Perspektif Pengantin : 

1. Mengetahui produk apa yang digunakan oleh makeup artis / mak andam 

2. Dapat berkenalan dengan makeup artist / mak andam yang akan buat makeup kat dia 

3. Sesi tawar menawar harga ( mesti lah kan , kalau pengantin dah ambil 2-3 kali sesi makeup dengan makeup artist yang sama mesti lah nak diskaun . Jimat selagi boleh ) 

4. Kalau rasa makeup tu tak bersesuai boleh cancel awal-awal . Yelah , mana tahu sejam kemudian , eyeshadow tu tiba-tiba hilang pulak kan . Haha . 

5. kalau rasa gaya makeup tu terlalu nipis , light ataupun terlalu tebal boleh bagitahu makeup artist / mak andam terlebih awal. 


Daripada Perspektif Makeup Artist / Mak andam : 


1. Dapat mengetahui wajah kulit pengantin ( oily / kering / berjerawat / scar ) 

2. Dapat mengetahu bentuk wajah pengantin. Countoring part kat mana nak buat. Foundation jenis apa yang sesuai. Colour eyeshadow apa yang sesuai. 

3. Boleh siap-siap berikan konsultasi tentang tatarias wajah / makeup macam mana yang dimahukan oleh pengantin . Maybe nak eyeshadow smokey ke , nak arabian style ke , nak light style ke kan . 

4. Customer relationship service . Boleh berkenalan dengan client dengan lebih dekat dan selongkar apa yang diimpikan oleh pengantin 


MAKEUP TRIAL SESSION UNTUK AZNI , CHERAS 


sebelum makeup session 


selepas makeup trial session 



cantik betul ni .. auuuww ! 





Tada !!! Dah siap pun selepas 30 minit makeup and simple hairdo.

So , Azni sangat berpuas hati :-) 

Lora akan makeupkan Azni untuk hari nikah & sandingnya nnt . Lihat lagi gambar-gambar nikah & sanding Azni di sini . 

So , faham kan apa keperluan trial makeup tu ? 

Dua-dua pihak sama ada pengantin dan makeup artist dapat memenuhi citarasa masing-masing . 

Two ways of communication is important to avoid any unforseen circumstances

Hari bersejarah wei ! Sekali dalam seumur hidup je .. Mesti lah tak nak mistake kan ? 



No comments: