Wednesday 11 February 2015

Tips Hilangkan Rasa Takut Dan Gementar Sewaktu Memberi Ceramah


Hai , kali ni Lora nak berkongsi tentang tips dan teknik untuk memberi ceramah di hadapan public . Memang ramai yang mempunyai masalah sebegini bukan ? 



" ala , takut la .. saya tak pandai bercakap " 
" ala , malu la "
" ala , takut la "
ala , saya bukan nya pandai pun " 

:-) 

Alasan demi alasan tapi tak solve jugak problem tu , bila bercakap di hadapan asyik di tolak kawan yang sama . Balik-balik muka kau je yang bercakap kat depan kan ? 

Yes , diakui 

Yes , semua orang pun ada masalah sebegini dan sejak drp di bangku sekolah lagi tiap-tiap minggu cikgu akan panggil sorang-sorang untuk bagi speech kat depan . 

Masing-masing lari kan ? Haha .. Kalau gelak tu betul la tu ! 

So diantara tips yang Lora nak kongsi sebelum buat presentation kat depan public 

1. Bagi salam perkenalan ( namaste , ni hau ma , assalamualaikum , hello , good morning , guten tag ) 

2. Perkenalkan diri sendiri dahulu ( audience /public mesti tertanya-tanya siapa kita ni kat depan )

3. Buat interaksi bersama audience . Buat sesi soal jawab . Tak lah syok sendiri kat depan tu 

4. Buat macam kita berborak dengan kawan tapi kalau peserta tu terdiri daripada pegawai yang mempunyai pangkat seperti Dato , Dr , Puan , Dato Seri , Tuan , dahulukan nama pangkatnya . Respect sikit.

5. Gementar lagi ? baca bismillah dan selawat banyak2 ! 


Makeup demonstration di hadapan 40 orang peserta . Peserta adalah daripada Jabatan Kementerian Kraftangan Malaysia . Bengkel grooming & makeup ini diadakan satu hari sahaja di Hotel Sani , Kuala Lumpur . 

Kalau dah 40 orang yang datang , seorang tanya 2 soalan maka , jadi 80 soalan bukan ? Hah , mampus nak jawab . Tak ape , rahsia dia macam mana nak jawab soalan semua tu ? 

" FAHAMKAN DAHULU SOALAN APA YANG DITANYA OLEH PESERTA DAN JAWAB MENGIKUT FAKTA " 

Kalau tak tahu ? 

Okey cakap macam ni.

" Saya tak pasti tentang itu , boleh beri masa dan saya akan kembali kepada cik puan / puan dalam masa yang terdekat ya . "

Ha , nampak tak sopan gitu walaupun dalam hati tak tahu nak jawab apa . Haha 



Lepas makeup demonstration , apa lagi kita gambar bergroup la kan :-) 


Tekun je semua memberikan perhatian sewaktu Lora sedang buat makeup demo kat depan . Peserta adalah daripada Indah Water Konsortium , Damansara 



Amboi semua muka happy . 
Peserta daripada staff AVON Malaysia , Petaling Jaya . Lepas dah habis makeup class session . 

Okey , selamat mencuba ! 

1 comment:

Eleenz said...

Good info Lora... =)