Monday 16 February 2015

Indian Bridal Wedding , Ada Beza Dengan Malay Bridal ?

TEKS : LORA DASH 
FOTO : LORA DASH 

Indian Bridal Wedding Vs Malay Wedding 

Namaste , kaliana val tekel ( wedding wishes in Tamil ) 

Hi , Lora nak share tentang Indian Wedding di Malaysia .  Sangat berbeza konsepnya 

Client : Vaani 
Venue : Hotel Seri Pacific , PWTC , KL 

So apa bezanya Indian Bridal Wedding dengan Malay Bridal Wedding ? 

1. Daripada segi pemakaian sarinya agak berat. Detailing pada setiap manik yang ada di sari sangat terperinci 

2. Jenis dandanan rambut pengantin 




Before and after makeup done . 

Sari yang dipakai oleh Vaani ni memang sangat cantik nak nak lagi muka memang macam super top model . 




Rambut di dandan oleh kawan saya Miera Ritz . Ala-ala Audrey Hepburn 


Tanya nak makeup macam mana sebelum tu . Lepas tu  Vaani keluarkan handphone and request makeup macam ni.

Macam ni ha !  Vaani request kat Lora sebelum makeup session. 






Macam barbie doll dah ! So beautiful ! 



Pengantin sangat cantik . Thank you Vaani sebab mempercayai servis dan bakat Lora. 




Friday 13 February 2015

Trial Makeup Pengantin. Perlu Ke ?

Apakah itu Trial Makeup Pengantin ? Perlu Ke ? 

Ianya adalah sesi percubaan makeup yang dilakukan terlebih awal dahulu sebelum hari bersejarah . 

Bila nak buat tu ? 

Maybe 2-3 bulan sebelum . 1-2 minggu sebelum pun boleh . Terpulang pada kehendak pengantin . Kalau memang client / pengantin tu dah percaya kat makeup artis tu tak payah pun tak apa. 

Selalunya , trial makeup dilakukan atas persetujuan dua-dua pihak.

Berapa bayaran ?  Sedikit bayaran mungkin akan dikenakan . Tetapi , terpulang juga ke atas pihak makeup artis / mak andam sebab selalunya termasuk sudah dalam pakej makeup , pakej pelamin , pakej perkahwinan. 

Diskus baik-baik seboleh-bolehnya. Sebab dua-dua pihak nak hasil yang perfect.

Trial Makeup Pengantin adalah sangat penting juga sebab -sebab nya adalah :-

Daripada Perspektif Pengantin : 

1. Mengetahui produk apa yang digunakan oleh makeup artis / mak andam 

2. Dapat berkenalan dengan makeup artist / mak andam yang akan buat makeup kat dia 

3. Sesi tawar menawar harga ( mesti lah kan , kalau pengantin dah ambil 2-3 kali sesi makeup dengan makeup artist yang sama mesti lah nak diskaun . Jimat selagi boleh ) 

4. Kalau rasa makeup tu tak bersesuai boleh cancel awal-awal . Yelah , mana tahu sejam kemudian , eyeshadow tu tiba-tiba hilang pulak kan . Haha . 

5. kalau rasa gaya makeup tu terlalu nipis , light ataupun terlalu tebal boleh bagitahu makeup artist / mak andam terlebih awal. 


Daripada Perspektif Makeup Artist / Mak andam : 


1. Dapat mengetahui wajah kulit pengantin ( oily / kering / berjerawat / scar ) 

2. Dapat mengetahu bentuk wajah pengantin. Countoring part kat mana nak buat. Foundation jenis apa yang sesuai. Colour eyeshadow apa yang sesuai. 

3. Boleh siap-siap berikan konsultasi tentang tatarias wajah / makeup macam mana yang dimahukan oleh pengantin . Maybe nak eyeshadow smokey ke , nak arabian style ke , nak light style ke kan . 

4. Customer relationship service . Boleh berkenalan dengan client dengan lebih dekat dan selongkar apa yang diimpikan oleh pengantin 


MAKEUP TRIAL SESSION UNTUK AZNI , CHERAS 


sebelum makeup session 


selepas makeup trial session 



cantik betul ni .. auuuww ! 





Tada !!! Dah siap pun selepas 30 minit makeup and simple hairdo.

So , Azni sangat berpuas hati :-) 

Lora akan makeupkan Azni untuk hari nikah & sandingnya nnt . Lihat lagi gambar-gambar nikah & sanding Azni di sini . 

So , faham kan apa keperluan trial makeup tu ? 

Dua-dua pihak sama ada pengantin dan makeup artist dapat memenuhi citarasa masing-masing . 

Two ways of communication is important to avoid any unforseen circumstances

Hari bersejarah wei ! Sekali dalam seumur hidup je .. Mesti lah tak nak mistake kan ? 



Wednesday 11 February 2015

Tips Hilangkan Rasa Takut Dan Gementar Sewaktu Memberi Ceramah


Hai , kali ni Lora nak berkongsi tentang tips dan teknik untuk memberi ceramah di hadapan public . Memang ramai yang mempunyai masalah sebegini bukan ? 



" ala , takut la .. saya tak pandai bercakap " 
" ala , malu la "
" ala , takut la "
ala , saya bukan nya pandai pun " 

:-) 

Alasan demi alasan tapi tak solve jugak problem tu , bila bercakap di hadapan asyik di tolak kawan yang sama . Balik-balik muka kau je yang bercakap kat depan kan ? 

Yes , diakui 

Yes , semua orang pun ada masalah sebegini dan sejak drp di bangku sekolah lagi tiap-tiap minggu cikgu akan panggil sorang-sorang untuk bagi speech kat depan . 

Masing-masing lari kan ? Haha .. Kalau gelak tu betul la tu ! 

So diantara tips yang Lora nak kongsi sebelum buat presentation kat depan public 

1. Bagi salam perkenalan ( namaste , ni hau ma , assalamualaikum , hello , good morning , guten tag ) 

2. Perkenalkan diri sendiri dahulu ( audience /public mesti tertanya-tanya siapa kita ni kat depan )

3. Buat interaksi bersama audience . Buat sesi soal jawab . Tak lah syok sendiri kat depan tu 

4. Buat macam kita berborak dengan kawan tapi kalau peserta tu terdiri daripada pegawai yang mempunyai pangkat seperti Dato , Dr , Puan , Dato Seri , Tuan , dahulukan nama pangkatnya . Respect sikit.

5. Gementar lagi ? baca bismillah dan selawat banyak2 ! 


Makeup demonstration di hadapan 40 orang peserta . Peserta adalah daripada Jabatan Kementerian Kraftangan Malaysia . Bengkel grooming & makeup ini diadakan satu hari sahaja di Hotel Sani , Kuala Lumpur . 

Kalau dah 40 orang yang datang , seorang tanya 2 soalan maka , jadi 80 soalan bukan ? Hah , mampus nak jawab . Tak ape , rahsia dia macam mana nak jawab soalan semua tu ? 

" FAHAMKAN DAHULU SOALAN APA YANG DITANYA OLEH PESERTA DAN JAWAB MENGIKUT FAKTA " 

Kalau tak tahu ? 

Okey cakap macam ni.

" Saya tak pasti tentang itu , boleh beri masa dan saya akan kembali kepada cik puan / puan dalam masa yang terdekat ya . "

Ha , nampak tak sopan gitu walaupun dalam hati tak tahu nak jawab apa . Haha 



Lepas makeup demonstration , apa lagi kita gambar bergroup la kan :-) 


Tekun je semua memberikan perhatian sewaktu Lora sedang buat makeup demo kat depan . Peserta adalah daripada Indah Water Konsortium , Damansara 



Amboi semua muka happy . 
Peserta daripada staff AVON Malaysia , Petaling Jaya . Lepas dah habis makeup class session . 

Okey , selamat mencuba ! 

Thursday 5 February 2015

Basic to advanced Makeup Class

Hi salam semua ! Jum ramai2 sertai kelas makeup kami anjuran bersama mua @lora_dash & tutorial pengayaan hijab daripada @thesweettudung ! 

Bonus : percuma sesi photography daripada @syakircokerlat benilai RM 150 ! 

Kelas basic + praktikal : 
Cara mengenal skin type 
Cara memilih foundation 
Cara pemakaian bedak asas
Cara pemakaian mascara , blusher 
Teknik penjagaan barang makeup 
Teknik melukis kening 
Cara pemilihan foundation & shading 
Cara pemakaian bulu mata palsu 
Cara mengecilkan muka & mencari seri manis wajah 
Teknik mengekalkan makeup hingga 10-12 jam 

Date : 26/10/2014 ( ahad ) 
Time : 8am-6pm 
Venue : Syakir Cekelat Studio 
No 2-2 , PV128 Jalan Genting Klang 53300 Setapak KL 

Tidak perlu bawa apa2. Barang2 makeup akan disediakan . Nota + sijil + makanan akan disediakan . 

Tempat duduk terhad hanya untuk 15 orang pertama sahaja ! 



Lora Dash's Angels . Thank you Azwa & Eleen ! Thank you for your help 

Of course candid shot is a must !