Wednesday 30 April 2014

Tips Makeup Tahan Lama 8-9 Jam

Hi Apa Khabar Semua ??

Hari ni Lora nak berkongsi cerita tentang makeup.

Ada tips-tips yang Lora nak share pasal makeup . 


TIPS MAKEUP UNTUK KULIT YANG BERMINYAK 

1. Nak dekat majlis tu kurangkan la makanan yang berminyak . Badan pon boleh kurus 

2. Rajin-rajin minum air banyak & bersenam la selalu supaya pori-pori dapat megeluarkan rembesan minyak yang berlebihan 

3. Letakkan ice cube di wajah sebelum aplikasi makeup kerana ianya mampu mengecilkan pori-pori di wajah 

4. Pakai moisturiser ( untuk jenis oily skin ) sebelum sapuan foundation . Kalau boleh gunakan foundation yang berasaskan cecair . Tak mau cream sebab ada wax ( lilin ) yang mampu membuatkan minyak keluar dengan banyak 

5. Lebihkan penggunaan bedak untuk menyerap lebihan minyak 

6. Selepas habis makeup sekali lagi spray dengan refreshing water / toner supaya kulit lebih segar dan makeup tak cepat pecah 



TIPS MAKEUP UNTUK KULIT KERING 




1. Pastikan kulit lembab dengan penggunaan moisturiser yang bersesuaian ( untuk kulit kering ) 

2. lembabkan bahagian yang kering itu dengan moisturiser atau "prep" sekejap dengan toner / refreshing spray water 

3. Boleh buat makeup kening and eyeshadow dahulu sementara menunggu wajah di "prep" 

4. Pakai masker yang mampu melembabkan wajah sebelum keesokannya  ( waktu malam )

5. Pilih Foundation yang bersesuaian untuk kulit kering seperti NARS atau pun SHU EUMURA kerana foundation seperti ini di jual untuk market yang 4 musim terutama winter , kulit mereka akan jadi kering . MAC pon boleh tapi kene pakai yang jenis untuk kulit kering 



Okey lah , sampai situ je .. Nanti Lora akan update lagi .. Kalau mana-mana yang mahu Lora makeup untuk hari bersejarah tu boleh la hubungi Lora 0129878600 ya ! 

Thanks 

No comments: